Aplikasi Google Gemini Untuk iPhone Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia

TechnologyDigital
14 Nov 2024 • 2:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Gemini Live adalah ciri berbual bersama chatbot kecerdasan buatan generatif yang cukup menarik untuk digunakan. Ia seakan berbual dengan manusia untuk mendapatkan maklumat, merumuskan sesuatu dan banyak lagi. Selepas sekian lama Gemini Live terhad kepada pengguna Android, akhirnya ia boleh digunakan oleh pengguna iPhone.

image is not available

Chatbot Gemini tiada masalah pun untuk digunakan pada iPhone, tetapi ia terhad melalui aplikasi Google dan ciri yang ditawarkan juga tidak lengkap walaupun anda adalah pengguna berbayar Google One AI Premium. Hari ini, aplikasi Google Gemini akhirnya disenaraikan di dalam Apple App Store Malaysia dan sedia untuk dimuat turun. Menariknya, Google menawarkan pengalaman penggunaan yang sama dengan peranti Android melalui antaramuka yang sama dan juga ciri sama.

Anda boleh muat naik fail, menggunakan Gems, mengaktifkan pemalam, memilih pelbagai pilihan suara dan juga mengakses sejarah perbualan silam. Aplikasi ini turut membenarkan pengguna iPhone terus melanggan ke pelan-pelan Google One.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved