Aplikasi GoPayz Akan Ditamatkan Operasi Pada 31 Mac 2025

TechnologyDigital
27 Jan 2025 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi GoPayz akan ditamatkan pada operasi pada 31 Mac 2025. Laman rasmi GoPayz mengeluarkan pengumuman ini secara mengejut dengan pengguna disarankan untuk melengkapkan semua transaksi yang diperlukan dalam akaun GoPayz. Ia termasuk mengeluarkan baki dan menutup akaun e-dompet dengan kadar segera.

image is not available

Pengguna boleh memohon penutupan akaun dan mengembalikan baki yang tinggal ke akaun bank masing-masing. Selain itu boleh memilih mana-mana kaedah sama ada melalui aplikasi GoPayz atau borang permintaan perkhidmatan berdasarkan keselesaan masing-masing untuk tujuan berkenaan. Proses ini juga akan membatalkan mana-mana kad prabayar sedia.

Penyata kemudiannya boleh dimuat-turu melalui aplikasi GoPayz atau email berdaftar. Namun pengguna hanya boleh memuat turun penyata untuk 6 bulan lepas sahaja melalui aplikasi. Dalam pada itu, GoPointz juga perlu digunakan sebelum tarikh berkenaan kerana semua GoPointz yang tidak ditebus secara automatik akan terbatal selepas 31 Mac 2025.