Aplikasi iMedic, UCrest digunakan di kesemua 18 Poliklinik Mediprima

Business & Finance
14 Mar 2024 • 3:48 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Aplikasi iMedic, UCrest digunakan di kesemua 18 Poliklinik Mediprima

azan

14/03/2024 - 15:48

KUALA LUMPUR 14 Mac - UCrest Bhd menjalin kerjasama dengan Mediprima Healthcare (M) Sdn Bhd bagi proses pendigitalan klinik dan mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Perkara Perubatan (IoMT) ke dalam perkhidmatan perubatan.

UCrest berkata, Mediprima, yang mengendalikan rangkaian Poliklinik Mediprima di Malaysia, akan menempatkan iMedic di semua 18 kliniknya bagi menawarkan teleperubatan, program penjagaan pencegahan, pengurusan penyakit kronik dan program saringan kesihatan digital.

Katanya, kerjasama itu dijangka menyumbang secara positif kepada pelan pengembangan Mediprima.

"Sinergi itu adalah strategik dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan perkhidmatan penjagaan primer daripada perkhidmatan perubatan reaktif kepada pengurusan proaktif kesihatan pesakit.

"Dengan penggunaan teknologi dalam penjagaan kesihatan, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dapat meningkatkan produktiviti dengan ketara dan menyediakan perkhidmatan mampu milik di seluruh negara dengan mudah," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Kumpulan itu berkata, kerjasama itu tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar syarikat.

Ia juga dijangka dijangka mempunyai kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat untuk tahun kewangan berakhir 31 Mei 2024.- DagangNews.com