Aplikasi Instagram Akhirnya Menyokong Peranti Skrin Besar

TechnologyDigital
8 Aug 2023 • 1:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah sekian lama pengguna iPad mahukan aplikasi Instagram agar tidak bergantung kepada penggunaan melalui pelayar web, tetapi Meta tidak akan membangunkannya kerana jumlah pengguna yang kecil. Sementara pengguna tablet Android atau peranti skrin boleh-lipat tersangkut dengan aplikasi Instagram yang tidak mesra pengguna.

Perkara ini akan berubah akhirnya, kerana Instagram dilihat sedang menguji antaramuka untuk peranti skrin bersaiz besar. Instagram dilihat menggunakan rekaan bar di sisi, di mana bar ini adalah yang sama sebelum ini berada di bawah skrin iaitu ikon skrin utama, carian, mencipta perkongsian baharu, Reels, profil pengguna dan terdapat dua ikon tambahan iaitu untuk notifikasi dan juga DM.

image is not available

Antaramuka ini walau bagaimanapun dilihat terhad kepada pengguna siri Samsung Galaxy Fold sahaja dan ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna terpilih. Menurut sumber, antaramuka baharu ini belum ditawarkan kepada mana-mana tablet Android lain atau juga peranti skrin boleh-lipat yang lain.

Apakah pendapat anda mengenai antaramuka ini?