Aplikasi MAE Kini Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu

TechnologyDigital
29 May 2023 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank dalam satu kenyataan rasmi pada hari ini memaklumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih MAE telah dikemaskini dengan antaramuka baharu lebih segar. Ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati paparan butiran akaun dengan akses lebih mudah kepada pilihan perbankan melalui lapan butang akses pantas. Di samping turut sama menyediakan ciri yang dipertingkatkan bagi tujuan pengalaman pada aplikasi lebih meluas.

image is not available

Misalnya seperti proses log masuk, menyemak akaun dan akses ke ruangan tetapan dilihat lebih mudah diakses bersama ikon cukup ceria. Seterusnya nilai utama akaun kini turut boleh disembunyikan bagi tujuan privasi. Kemudian pengguna juga boleh membuat permohonan kad, insurans dan lain-lain dengan lebih mudah menerusi ikon dengan label ‘Apply‘ pada bahagian bar bawah aplikasi.

image is not available

Pembaharuan ini boleh dinikmati oleh semua pengguna peranti Android termasuklah Huawei bermula hari ini. Sementara itu pengguna iOS pula versi kemaskini akan tersedia bermula 30 Mei akan datang. Sila pastikan aplikasi MAE anda dikemaskini ke versi terkini bagi menikmati pembaharuan ini.