Aplikasi Maybank Tambah Ciri “Kill Switch” – Bekukan Akaun Bank Dengan Pantas Sekiranya Berlaku Pencerobohan

TechnologyDigital
28 Jan 2023 • 8:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas CIMB tempoh hari, kini Maybank turut menambah sebuah ciri yang dinantikan ramai dalam mengawal akaun mereka sekiranya berlaku sebarang pencerobohan, dinamakan “Kill Switch”.

image is not available

Melalui ciri ini yang boleh diaktifkan melalui aplikasi, pengguna dengan pantas boleh nyah-aktifkan akaun Maybank2U mereka, termasuk nyah-aktifkan sebarang pautan akaun Maybank daripada aplikasi atau web.

image is not available

Dengan langkah ini, sekiranya anda melihat sebarang transaksi yang mencurigakan berlaku, anda boleh aktifkan ciri ini, dan elak sebarang kehilangan lanjutan wang daripada akaun anda.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi Maybank, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati ciri baharu ini.