Aplikasi Maybank2U MY Tidak Lagi Ditawarkan Untuk Dimuat-Turun – Pengguna Baharu Diminta Guna MAE

TechnologyDigital
1 Jul 2024 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Maybank kini telah mula menamatkan penawaran aplikasi Maybank2U kepada pengguna baharu. Melalui semakan kami, aplikasi tersebut tidak lagi ditawarkan untuk pengguna baru di Apple App Store, tetapi masih belum dibuang sepenuhnya daripada penyenaraian di Google Play Store.

image is not available

Untuk pengguna baharu, anda diminta menggunakan MAE sebagai ganti untuk Maybank2U MY ini. Ia menawarkan fungsi perbankan menyeluruh, termasuk sokongan sehingga lima akaun perbankan pada aplikasi sama. Maybank turut menekankan yang mana bagi pengguna sedia ada yang menggunakan Maybank2U MY boleh terus menggunakannya sehingga suatu masa kelak.

Langkah ini dilihat sebagai persediaan untuk beralih sepenuhnya kepada aplikasi MAE selepas ini.

Untuk makluman, sebelum ini CIMB turut telah melakukan perkara sama, dengan menamatkan penawaran CIMB Clicks melalui kedai aplikasi, dan memfokuskan kepada aplikasi CIMB OCTO.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved