Pada bulan Mac 2025 lepas, SKMM telah memperkenalkan aplikasi MCMC Nexus untuk pengguna peranti Android. Kini, selang beberapa bulan, aplikasi sama turut telah mula ditawarkan untuk pengguna iPhone.
Menggunakan aplikasi MCMC Nexus ini, ia memudahkan para pengguna melakukan ujian kemampuan dan penilaian untuk rangkaian internet mereka. Pengguna dengan mudah boleh melakukan ujian kelajuan internet, selain turut memperlihatkan data berkenaan bagaimana pengalaman menggunakan sesuatu aplikasi melalui sambungan internet berkenaan.

Ia dikatakan selain digunakan oleh petugas MCMC, aplikasi ini turut boleh digunakan orang ramai dalam memastikan sama ada mereka menerima kualiti rangkaian seperti dijanjikan atau sebaliknya.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi MCMC Nexus ini hari ini di App Store, dan menguji rangkaian anda melaluinya.
@amanfirdaus dah keluar untuk iOS https://t.co/SKhuS4MECU


