Aplikasi MyDigi & Celcom Life Bakal Ditamatkan 31 Dis

LocalTechnology
8 Oct 2025 • 11:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Aplikasi MyDigi & Celcom Life Bakal Ditamatkan 31 Dis

Aplikasi MyDigi dan Celcom Life secara rasmi akan ditamatkan pada 31 Disember depan dan digantikan dengan aplikasi baharu iaitu CelcomDigi.

Perkara itu dimaklumkan oleh CelcomDigi menerusi ruangan perihal aplikasi di Google Play Store.

“Pengalaman yang lebih baik menanti anda. aplikasi CelcomDigi hadir sebagai pengganti, dibina khas buat anda dengan ciri-ciri yang mudah, selamat dan pelbagai ganjaran yang menarik,” katanya.

Ini bermakna, pengguna yang mempunyai nombor Celcom dan Digi boleh menggunakan satu aplikasi yang sama.

Justeru, orang ramai diminta untuk segera memuat turun aplikasi CelcomDigi agar dapat menggunakan ciri-ciri yang telah disediakan.

Bagi pengguna android, anda boleh memuat turun aplikasi itu di Google Play Store dan pengguna IOS di App Store.

Celcom dan Digi mula bergabung pada 2022 dan menjadikannya sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Sumber: CelcomDigi

View Original Article