Aplikasi MyJPJ alami gangguan selepas pengumuman YB Anthony Loke berkaitan cukai jalan

10 Feb 2023 • 3:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Anda dah dengar tentang berita terbaharu daripada Kementerian Pengangkutan? Tidak lagi perlu anda bawa versi fizikal lesen memandu ataupun cukai jalan motorsikal ataupun menampal pelekat cukai jalan di sebalik cermin kereta.

Hal ini kerana kesemua dokumen rasmi tersebut sudah digitalkan dan pihak berkuasa terus boleh menarik maklumat tersebut daripada pelayan kerajaan secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ.

image is not available

Namun, sejurus pengumuman itu berlangsung, aplikasi MyJPJ yang perlu digunakan untuk memaparkan dokumen-dokumen tadi menjadi sukar untuk diakses. Besar kemungkinan disebabkan jumlah trafik yang terlalu tinggi ingin menembusi perkhidmatan MyJPJ.

Adakah pihak penyedia perkhidmatan tidak menjangkakan kapasiti trafik yang tinggi sejurus pengumuman ini?

YB Anthony Loke sendiri telah memaklumkan yang mereka telah melakukan ujian tekanan terhadap pelayan MyJPJ beberapa minggu kebelakangan ini sewaktu sidang media. Jelas sekali sistem pelayan MyJPJ gagal menampung trafik situasi sebenar.

Beliau turut ada memaklumkan memang akan ada sedikit glic kerana mereka masih dalam proses memantapkan MyJPJ.

Bacaan berkaitan