Aplikasi MyJPJ Bakal Menawarkan Semua Perkhidmatan Berkaitan JPJ Menjelang 2025

LocalCars
1 Oct 2023 • 12:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan integrasi lesen memandu dan lesen kenderaan motor pada aplikasi MyJPJ.

Dalam pada itu, JPJ sedia menyasarkan untuk memperkenalkan kemudahan untuk melakukan pembaharuan lesen terus melalui aplikasi berkenaan.

image is not available

Malah, JPJ turut mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan semua perkhidmatan melibatkan JPJ terus melalui aplikasi MyJPJ menjelang tahun 2025 kelak.

Dengan langkah ini ia akan memudahkan lagi pengguna dalam hanya perlu memfokuskan satu aplikasi sahaja sekiranya ingin mendapatkan perkhidmatan berkaitan JPJ.

Sementara itu, sasaran 2025 turut diletakkan selari dengan aspirasi jabatan tersebut untuk mencapai tahap digital menyeluruh untuk perkhidmatan dibawah mereka.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved