Aplikasi MyJPJ Bakal Tambah Ciri Pembayaran Untuk Mudahkan Pembaharuan Lesen

8 Aug 2023 • 9:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Membuat bayaran lesen memandu dan kenderaan menerusi aplikasi online lebih mudah

Aplikasi MyJPJ Bakal Tambah Ciri Pembayaran Untuk Mudahkan Pembaharuan Lesen. Orang ramai pada masa kini memilih untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian atau internet untuk pelbagai tujuan, termasuk pembayaran. Ini kerana ia lebih mudah dan cepat dijalankan berbanding bersemuka.

Menurut laporan, Menteri Pengangkutan kini sedang menguji ciri pembayaran dalam talian pada program MyJPJ. Ini memudahkan pengguna memperbaharui lesen memandu dan lesen kenderaan (cukai jalan).

image is not available
Sumber gambar: google play

Ada faktor dipertimbangkan supaya aplikasi berjalan dengan lancar

Dalam fasa ujian setakat ini, beberapa faktor sedang dipertimbangkan untuk memastikan aplikasi berjalan lancar dan tanpa gangguan apabila ia tersedia kepada orang ramai.

Diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi

Difahamkan, fasa ujian ini dijangka akan berlaku untuk beberapa minggu lagi. Kerajaan dijangka memperkenalkan ciri ini dalam masa beberapa bulan lagi.

Kerajaan mengjangka dengan menambah ciri baharu ini, ia akan memudahkan lagi proses pembaharuan lesen terus pada aplikasi tersebut.

image is not available
Sumber gambar: NST

Dalam pada itu, kehadiran ciri ini selaras daripada pengenalan lesen digital menerusi aplikasi MyJPJ sebagai alternatif untuk versi fizikal.

Bagaimanapun, kerajaan menekankan bahawa versi fizikal masih tersedia untuk umum dan belum ditamatkan buat masa ini.

Baca juga artikel yang berkaitan: