Aplikasi Popular Iman Pro Kini Sedang Dibangunkan Untuk Pengguna Android

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Iman Pro merupakan salah satu aplikasi yang popular dalam kalangan pengguna iPhone – dimana ia hadir dengan rekaan yang kemas dan minimalis, serta memudahkan pengguna mengikuti pelbagai perkara dengan mudah melalui hanya satu halaman ringkas. Ia juga ditawarkan bersama widget ringkas yang boleh ditambah pada skrin utama iPhone.

image is not available

Kini, setelah sekian lama terhad untuk pengguna iPhone sahaja, pembangunnya dilihat telah mulakan pembangunan untuk versi Android. Melalui halaman pembangun, versi APK ditawarkan untuk mereka yang berminat untuk mencubanya. Iman Pro untuk Android ini menawarkan akses kepada waktu solat semasa, pilihan ayat al-Quran harian, zikir, kedudukan kiblat, dan juga peringatan puasa. Pengguna turut boleh melakukan perubahan pada amntaramuka aplikasi termasuk pilihan warna tema. Aplikasi ini juga menyertakan akses pantas ke al-Quran, doa, dan lain-lain.

Buat masa ini, aplikasi berkenaan masih belum diterbitkan di Google Play Store lagi. Bagi anda yang berminat boleh memuat-turun dan memasang APK-nya pada peranti masing-masing. Memandangkan ia masih pada pembangunan, maka mungkin kadang-kala tidak stabil, atau mempunyai ralat atau pepijat yang belum dikenal-pasti lagi. Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh menguji dan melaporkan sebarang komen dan maklumbalas terus kepada pembangunnya.