Aplikasi RealityScan Yang Mengimbas Objek Menjadi Model 3D Boleh Dimuat Turun Percuma Di iPhone

TechnologyDigital
2 Dec 2022 • 5:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

April lalu Epic Games melancarkan aplikasi RealityScan yang boleh mengimbas objek menjadi model 3D. Pada waktu tersebut ia hanya boleh diakses sebilangan pengguna sahaja. Hari ini RealityScan boleh dimuat turun pengguna iPhone secara percuma.

Selepas objek diimbas, ia boleh dieksport ke beberapa program 3D seperti Sketchfab. Bagi pembangun permainan video, model boleh dimasukkan ke dalam dunia Unreal Engine yang dibangunkan oleh Epic Games. Dengan RealityScan proses menghasilkan model 3D untuk permainan video akan dipermudahkan.

Hampir kesemua model iPhone boleh memuat turun RealityScan walaupun peranti tidak memiliki kamera 3D ToF di bahagian belakang. Bagi pengguna peranti Android, aplikasi ini hanya akan diberikan bermula tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved