Aplikasi Sarwa Memudahkan Anda Membaca Info Terkini Dan Padat Dalam Masa Kurang 10 Saat

TechnologyDigital
19 Jun 2022 • 7:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi Sarwa kini dikemaskini untuk pengguna Android dan juga iPhone. Melalui kemaskini terbaharu, Sarwa menawarkan rekaan antaramuka baharu, termasuk kaedah bacaan dan interaksi seumpama TikTok.

image is not available

Sarwa membawa maksud “semua”, meringkaskan pelbagai informasi dan berita untuk dibaca dalam masa kurang 10 saat. Kemaskini terbaharu ini turut menawarkan rekaan antaramuka menyeluruh pada skrin, dan kaedah membaca dengan menatal ke atas untuk mengikuti info-info terbaru dan terkini.

image is not available

Dengan langkah ini, ia menyasarkan pengguna muda untuk mengikuti pelbagai berita dan informasi terkini melalui kaedah yang mereka biasa – seperti pada aplikasi TikTok. Pengguna juga tidak perlu menghabiskan masa lama, dan dapat mengikuti berita dalam saiz kompak dengan pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Sarwa pada Android dan iPhone, serta menikmati pengalaman mengikuti info terkini yang ringkas dan padat hari ini.