Aplikasi Setel Kini Menyokong Pembayaran Bil Utiliti, Air Dan Telekomunikasi

LocalDigital
18 May 2026 • 3:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setel bukan lagi sekadar aplikasi untuk mengisi minyak sebaliknya kini diperluaskan untuk pelbagai kegunaan yang lebih dekat dengan kehidupan seharian pengguna. Bayangkan ketika sibuk dengan urusan harian tiba-tiba teringat bil air atau internet masih belum dibayar. Terbaharu, Setel membolehkan pengguna membuat bayaran bil penting termasuk utiliti, air, jalur lebar dan perkhidmatan komunikasi dengan cepat serta mudah.

Image from: Aplikasi Setel Kini Menyokong Pembayaran Bil Utiliti, Air Dan Telekomunikasi

Selain itu, melalui kerjasama dengan lebih kurang 25 penyedia bil seperti Astro, CelcomDigi, TM, Air Selangor dan Indah Water, pengguna boleh mengurus komitmen bulanan dengan lebih pantas serta teratur. Di samping itu, lebih banyak penyedia bil akan ditambah pada masa akan datang sekali gus menjadikan Setel sebagai platform pembayaran bil yang semakin relevan dan menyeluruh.

Bagi meraikan pelancaran ini, Setel menawarkan pulangan tunai sebanyak 10% kepada pengguna bagi setiap transaksi pembayaran bil namun tertakluk kepada maksimum RM10 sebulan. Promosi ini berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026 sekali gus memberikan penjimatan tambahan serta mendorong pengguna untuk menikmati kemudahan ciri tersebut.