Aplikasi Sunbird, Pembangun Di Sebalik Nothing Chats Turut Ditarik Balik

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 11:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari Sabtu lepas, aplikasi Nothing Chats telah dilancarkan kepada pengguna Nothing Phone (2) di Amerika Syarikat, Kanada, UK dan Eropah yang membenarkan pengguna menggunakan iMessage pada peranti Android. Aplikasi ini ditarik kembali selepas kurang 24 jam diperkenalkan kerana masalah privasi dan keselamatan yang serius.

image is not available

Nothing membina Nothing Chats bersama-sama dengan Sunbird, iaitu pembangun yang cuba membawakan iMessage ke Android seperti Beeper secara percuma tanpa sebarang langganan. Baru-baru ini, Sunbird turut telah menarik kembali aplikasi mereka di Play Store dan pengguna beta semua tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan ini atas masalah sekuriti dan keselamatan yang sama.

image is not available

Antara masalah yang ditemui adalah setiap mesej dan fail media tidak disulitkan dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja. Pelayan mereka tidak menggunakan HTTPS dan hanya HTTP, serta data pengguna yang disimpan dalam Firebase turut tidak disulitkan.

Perkhidmatan iMessage pada Android biasanya memerlukan pengguna log masuk akaun Apple ID kepada pelayan Mac Mini dimiliki oleh pembangun. Beeper memberikan seorang pengguna satu peranti Mac, sementara Sunbird mendakwa boleh mengendalikan banyak pengguna kepada satu Mac.