Aplikasi The Noor Menyasarkan Pelancaran NoorPay Seawal Penghujung 2023 Ini

TechnologyDigitalCars
19 Jun 2023 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TheNoor, aplikasi gaya hidup muslim yang popular, baru-baru ini telah mengumumkan kerjasama dengan Bank al-Rajhi sebagai bank rasmi sekaligus mula mengintegrasikan kemudahan untuk mendaftar beberapa perkhidmatan perbankan terus melalui aplikasi tersebut.

image is not available

Pada acara sama juga, pihak TheNoor turut berkongsi berkenaan perkhidmatan pembayaran dan dompet digital mereka tersendiri, dinamakan NoorPay.

Menurut pengasasnya, TheNoor disasarkan untuk memperkenalkan NoorPay seawal penghujung 2023 ini, atau pada awal tahun 2024 kelak. Melaluinya, pengguna dijangka akan boleh menggunakannya dalam melakukan pembayaran secara dompet digital – seperti pelbagai aplikasi lain di pasaran hari ini.

image is not available

Pada masa yang sama, TheNoor juga turut dijangka menawarkan kad prabayar fizikal untuk memudahkan duit dipautkan dan digunakan untuk membayar di lokasi yang menerima pembayaran melalui kad.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan NoorPay tidak lama lagi oleh aplikasi TheNoor.