Aplikasi Threads Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows

TechnologyDigital
14 Mar 2024 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi pengenalan aplikasi Threads untuk pengguna Windows. Melaluinya, anda boleh memasang aplikasi Threads terus ke desktop, dan mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah tanpa perlu membuka pelayar web secara manual.

image is not available

Untuk makluman, buat masa ini, pengalaman yang ditawarkan versi aplikasi pada Windows ini adalah sama seperti pengalaman menggunakannya melalui pelayar web.

Namun, dengan penawaran khusus ini, ia akan memudahkan lagi pengguna tegar perkhidmatan Threads untuk mengaksesnya – tanpa perlu membukanya melalui pelayar web. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Threads ini hari ini melalui Microsoft Store.