Aplikasi Tidak Dikemaskini Atau Ditambah Baik Akan Dibuang Daripada App Store

TechnologyDigital
10 Jun 2026 • 1:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Tidak Dikemaskini Atau Ditambah Baik Akan Dibuang Daripada App Store

Terdapat lebih 2 juta aplikasi boleh dimuat turun menerusi Apple App Store. Stor aplikasi ini bertanggungjawab memulakan era “ekonomi aplikasi” hampir 18 tahun lalu. Tetapi sekiranya anda membangunkan aplikasi di App Store, Apple mengemaskini garis panduan semakan aplikasi dengan klausa menyatakan aplikasi akan dibuang jika gagal mematuhinya.

Image from: Aplikasi Tidak Dikemaskini Atau Ditambah Baik Akan Dibuang Daripada App Store

Aplikasi akan dibuang jika tidak dikemaskini, ditambah baik atau tidak menarik pelanggan. Sebelum ini hanya aplikasi yang meniru atau dalam kategori tepu sahaja akan dibuang. Selain itu aplikasi yang tidak menambah nilai seperti aplikasi bunyi kentut, lampu suluh, meramal nasib, kesan bunyi, gambar latar belakang dan jam randik juga akan dibuang melainkan ia menyediakan pengalaman yang unik dan berkualiti tinggi.

Kemas kini garis panduan aplikasi ini dikeluarkan pada hari yang sama WWDC berlangsung. Dengan kecerdasan buatan (AI), banyak aplikasi baharu diterbitkan menggunakan sempoi cara di App Store sehingga menyebabkan waktu menunggu aplikasi diluluskan menjadi semakin panjang. Apple masih memerlukan manusia menyemak setiap aplikasi sebelum ia boleh ditawarkan di App Store.