Aplikasi Tune Talk Diperbaharui Dengan Akses Percuma Ke Lebih 1400 Permainan Dan Drama – Tanpa Langganan

EntertainmentTechnology
4 Feb 2026 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tune Talk memperbaharui aplikasinya secara global dengan menawarkan akses percuma kepada lebih 1,450 permainan dan drama tanpa memerlukan SIM, langganan atau pelan mudah alih. Langkah ini bertujuan menyediakan hiburan yang mudah diakses dan menyeluruh untuk semua pengguna.

image is not available

Kandungan ini merangkumi lebih 700 drama pelbagai genre dengan sari kata berbilang bahasa, serta lebih 750 permainan kasual. Selain itu, ia turut menawarkan baucar yang boleh ditebus, perkhidmatan antarabangsa seperti pemindahan kredit dan pembayaran utiliti, kad kenalan serta keahlian kod bar di samping e-SIM global yang bakal diperkenalkan kelak. Pengguna juga berpeluang mengumpul mata dengan menonton drama atau bermain permainan yang kemudiannya boleh ditebus untuk pelbagai hadiah digital.

image is not available

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat dengan mudah menggunakan nombor telefon sama ada Malaysia atau antarabangsa serta e-mel tanpa memerlukan SIM atau langganan. Sejak penambahbaikan pada Mei 2025, aplikasi ini telah mencatatkan lebih 1 juta muat-turut dengan pengguna menghabiskan purara 36 minit sehari sehingga kini.