APM fokus Kampung Siaga 221 di kawasan ‘hotspot’

16 Mar 2023 • 4:51 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

BERA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan satu ‘Kampung Siaga 221’ di setiap negeri sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan persiapan awal penduduk sebagai langkah efektif menghadapi sebarang bencana.

image is not available
Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed

“Kampung ini ditubuhkan bertujuan melatih komuniti atau penduduk setempat bagi kesiapsiagaan dalam menghadapi apa jua jenis bencana terutamanya bencana banjir yang sering berlaku di negara kita.”

“Jadi dengan penubuhan Kampung Siaga 221 ini, ia mampu bertindak dengan lebih pantas dalam menyelamat mangsa atau mampu mencegah sesuatu bencana menjadi lebih teruk,” kata beliau selepas Maljis Pelancaran Kampung Siaga 221 Peringkat Negeri Pahang sempena Sambutan Semarak Bulan Pertahanan Awam dan Hari Wanita Kebangsaan 2023, di Dewan Padang Luas pada Khamis.

image is not available
Turut hadir adalah Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan yang merasmikan penubuhan Pasukan Pengendali Bot Amfibia Sealegs Wanita yang pertama dalam negara.

Kerajaan Negeri Pahang telah menyumbangkan 2 Bot Amfibia untuk membantu mangsa bencana di negeri Pahang sesuai dengan tema negeri iaitu ‘Pahang First‘.

Seramai 12 orang peserta kursus wanita yang terdiri daripada Pegawai dan anggota APM telah mula berlatih sejak sebulan yang lalu.

image is not available
Datuk Sabariah Saidan, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemubual wartawan

“Saya berharap agar lebih ramai kaum wanita dapat menceburi kursus sebegini agar dapat terus membantu mangsa bencana terutamanya golongan sesama wanita serta kanak-kanak,” kata Datuk Sabariah Saidan.

image is not available