APMM bantu pindah pesakit warga emas ke HDOK Sandakan

23 Dec 2024 • 5:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Sandakan melaksanakan misi bantuan Medical Evacuate (Medevac) ke atas seorang pesakit wanita warga emas yang memerlukan rawatan segera dari Kampung Tundun Bohangin, Kinabatangan ke Hospital Duchess Of Kent (HDOK), Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, Pusat Operasi (Pusop) Zon Maritim Sandakan menerima panggilan pukul 9.20 pagi dan memaklumkan Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kota Kinabalu sebelum melaksanakan bantuan tersebut.

AdvertisementPesakit, Saripah Abdul Karim, 73, mengalami kecederaan serius pada mata selain mempunyai penyakit kronik telah dibawa menaiki Bot Halilintar 4 dari Jeti Kampung Tundun Bohangin ke Jeti Zon Maritim Sandakan dengan anggaran jarak lebih kurang 45 batu nautika.

Walaupun dalam keadaan cuaca buruk serta laut bergelora, Saripah yang diiringi dua anaknya selamat tiba di jeti Zon Maritim Sandakan sekitar pukul 11.35 pagi hari yang sama sebelum dibawa ke Hospital Duchess of Kent bagi menerima rawatan lanjut.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Sementara itu, Suhairy turut mengingatkan komuniti maritim agar mematuhi langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika berada di laut.

“Komuniti maritim haruslah memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik, membawa Personal Locator Beacon (PLB).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Selain itu, maklumkan destinasi kepada ahli keluarga, membawa bekalan makanan secukupnya serta mengelakkan aktiviti di luar kawasan liputan telekomunikasi,” katanya dalam kenyataan.

Orang awam juga diminta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan dan kemalangan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau ke talian kecemasan 999.