APMM gagalkan cubaan seludup 340kg minyak masak

7 Nov 2022 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar 340kg minyak masak bersubsidi di perairan daerah ini, pada Sabtu.

Pengarahnya, Komander Maritim Amir Shubli berkata, rampasan itu dibuat susulan bot peronda APMM mengesan sebuah bot pam mencurigakan di sekitar Pulau Sebangkat jam 10.30 malam.

“Semasa dihampiri, tekong bot bertindak terjun ke laut dan berenang melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot menemui lebih kurang 340 kilogram minyak masak paket bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.

Amir berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan tiga buah enjin pam bernilai sekitar RM6,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan tersebut.

Terdahulu, katanya, bulan lepas, Zon Maritim Semporna menggagalkan beberapa siri jenayah di lautan termasuk satu kes bom ikan, dua kes penyeludupan minyak masak serta satu kes penyeludupan petrol bernilai RM 28,000.

Dalam pada itu, katanya. mereka akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’, terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PTI melalui jalan laut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di 089-782619 atau MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.