
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kudat mematahkan cubaan seludup daging spesis terancam termasuk penyu dan balat di perairan Kudat, Ahad.
Pengarahnya, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak hasil maklumat risikan, aset APMM yang sedang menjalankan Op Sejahtera, Op Naga Timur, Op Perkasa Putih dan Op Tiris 3.0 diatur gerak bagi mengesan sebuah bot yang dilaporkan melakukan aktiviti mencurigakan di kawasan pesisir timur Pantai Tanjung Kalutan, Kudat kira-kira jam 5 petang Ahad.
Jelas Maurice, semasa cuba menghampiri bot terbabit, suspek bertindak melarikan diri ke kawasan cetek.
“Setibanya bot peronda APMM di lokasi, pasukan menemukan 23 guni daging penyu kering dianggarkan seberat 160 kilogram serta 52 guni balat kering dengan anggaran berat 500 kilogram yang dicampak oleh suspek.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Kesemua barangan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM200,000 diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 kerana disyaki cuba menyeludup spesis haiwan terlindung,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Terdahulu dalam kejadian berasingan, Maurice berkata APMM Kudat turut menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran kerana melakukan beberapa jenis kesalahan di kedudukan lebih kurang 1.85 batu nautika tenggara Tagumamal Laut, dekat sini pada Sabtu.
Hasil pemeriksaan, anggota Zon Maritim Kudat menahan dua warga tempatan berumur lingkungan 17 dan 27 tahun yang mengendalikan bot terbabit.
Suspek bersama bot serta hasil tangkapan ditahan dan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
