APMM rampas 900 liter petrol, diesel dari dua juragan bot

25 Jan 2024 • 12:15 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Cubaan dua juragan bot kargo menyembunyikan sejumlah 900 liter petrol dan diesel dalam timbunan barangan runcit, gagal apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau di perairan daerah ini dalam dua kes berasingan – kurang sejam, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, tangkapan itu dibuat bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Pluto Timur selepas berjaya mengesan pergerakan bot kargo tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sekitar jam 5.50 petang, pihaknya menahan sebuah bot dijuragani seorang lelaki warga Indonesia, 35, yang sedang menuju ke Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot mendapati lelaki itu membawa pelbagai barangan runcit dan menyembunyikan muatan bahan api sebanyak 12 gelen dianggarkan mengandungi kira-kira 300 liter minyak petrol.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Pemeriksaan dokumentasi kemudiannya mendapati juragan tidak mempunyai sebarang kebenaran bagi membawa barang kawalan tersebut,” katanya lagi.

Dalam kes berasingan, sebuah lagi bot kargo turut ditahan berhampiran Pelabuhan Tawau pada jam 6.30 petang hari sama. “Pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati seorang lelaki warga tempatan, 32, bertindak sebagai juragan membawa muatan pelbagai barangan runcit di dalam botnya,” katanya.

Shahrizan berkata, pemeriksaan menyeluruh ke atas bot kemudiannya menemukan barang kawalan berjadual iaitu lima gelen petrol dan 19 gelen diesel dianggarkan 600 liter.

Katanya, bahan api itu yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit, kemudiannya didapati tiada permit serta lesen sah.

“Kedua-dua bot kargo bersama juragan dan kesemua muatan ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967 oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia,” katanya lagi.

Menurutnya, kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM60,000.

Mengulas lanjut, beliau berkata, taktik membawa barang kawalan dalam kuantiti kecil secara berulang dan membawa barang kawalan melebihi kuota yang dibenarkan sering kali digunakan oleh pengusaha yang mementingkan keuntungan bagi mengelakkan dari dikesan penguatkuasa.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (Esszone).

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai, terutamanya komuniti maritim agar menyalurkan aduan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di 089-752116 dan talian kecemasan MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.