APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

5 Jun 2024 • 8:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
- Gambar fail

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang merampas dadah bernilai RM120,000 yang diisi dalam empat bungkusan teh Cina dalam keadaan terapung di kedudukan 2.5 batu nautika barat perairan Muka Head, dekat sini awal pagi semalam.

Pengarahnya Kapten Maritim Razali Kasim berkata bot peronda APMM yang sedang melakukan rutin penguatkuasaan telah menerima maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dadah di perairan berkenaan pada jam 12.40 tengah malam.

"Sejurus menerima maklumat, bot peronda APMM bergerak ke lokasi aduan dan mendapati sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sedang membuang beberapa bungkusan bersinar ke laut.

"Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan terbabit mengandungi hablur kristal disyaki dadah, namun bot yang membuang bungkusan itu telah berjaya melarikan diri dan hilang dari pengesanan radar," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kesemua dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 18,000 penagih dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved