APMM tahan bot memukat di luar kawasan yang dibenarkan di Sandakan

3 Dec 2024 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan menahan seorang tekong warga Indonesia dan tiga awak-awak yang berada di dalam sebuah vesel tempatan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan berhampiran Sungai Asam, di sini petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, sebelum itu, Kapal Maritim (KM) Tebrau yang sedang menjalankan Op Pluto Timur/Op Khas Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin (OCP) Utara Covid 19 dan Op Tiris 3.0 telah mengesan sebuah vesel melalui radar sedang menarik pukat di luar kawasan yang dibenarkan iaitu 2.6 batu nautika dari daratan terhampir.

Jelasnya, pemeriksaan awal juga mendapati tekong itu mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah manakala tiga awak-awak berumur 19 hingga 41 tahun yang disyaki berbangsa Palauh telah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Manakala pemeriksaan selanjutnya ke atas vesel terbabit turut menemukan radio VHF yang sedang digunakan tidak menepati standard yang ditetapkan serta diuji oleh SIRIM.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more "Kesemua suspek serta vesel kemudian diiringi ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia," tambahnya.