APMM tahan bot pancing bawa barang kawalan tanpa permit

26 Mar 2024 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pancing membawa muatan barang kawalan tanpa permit sah di perairan Kudat, Sabtu lepas.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan pihaknya, bot terbabit berjaya ditahan di kedudukan lebih kurang 0.5 batu nautika timur muara Marina Kudat kira-kira pada jam 8.30 pagi, Sabtu.

Maurice berkata, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang menjalankan rondaan segera diatur gerak ke lokasi sejurus menerima maklumat daripada Unit Perisikan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, bot pancing terbabit dikendalikan dua warga tempatan berumur lingkungan 28 dan 15 tahun.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Pemeriksaan lanjut juga menemukan lebih kurang lapan tong berisi minyak petrol dan lima tong gas di atas bot pancing itu yang dibawa tanpa permit sah.

“Bot serta barang rampasan seterusnya dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.”

Menurut Maurice, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan lebih RM100,000 manakala kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Zon Maritim Kudat meminta komuniti maritim melaporkan sebarang salah laku jenayah di laut kepada APMM di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.