APMM tahan empat lelaki termasuk warga Indonesia di Tawau

23 May 2024 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat lelaki termasuk warga Indonesia kerana melanggar syarat sah lesen bot di dua lokasi perairan di sini semalam menerusi rondaan Op Pluto Timur dan Op Sejahtera.

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata di lokasi pertama pihaknya menahan tiga lelaki Indonesia yang menangkap ikan dengan menarik pukat kurang daripada jarak dua batu nautika dari daratan pada 11.30 pagi.

"Tiga lelaki berumur 20 hingga 42 tahun yang mengendalikan bot nelayan itu ditahan di lokasi 1.9 batu nautika barat daya muara Sungai Merotai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di lokasi kedua pasukan peronda memeriksa sebuah bot penumpang yang mencurigakan di 2.5 batu nautika selatan Batu 3 Tawau di sini pada 12.15 tengah hari.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more "Didapati bot dikendalikan lelaki tempatan berusia 27 tahun itu membawa muatan 250 kilogram bawang bombay dan juragan gagal mengisytihar muatan yang dibawa serta melanggar syarat sah lesen bot penumpang," katanya.

Menurutnya nilai rampasan kedua-dua bot dianggarkan RM120,000 dan kesemua tahanan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk siasatan di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) 2002, Akta Perikanan 1985, selain Akta Kastam 1967.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.