“Apo Perempuan Lambat? Slow?” – King Coco Anggap Video Rina Harun Dan Rosyam Nor Sekadar Publisiti Yang Dibuat-Buat

Entertainment
15 Sep 2022 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam satu video memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun bersama pelakon Datuk Rosyam Nor dilihat seperti merendahkan martabat kaum wanita ketika mengajak rakyat untuk hadir ke satu majlis menjadi tular di media sosial.

Video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-ratanya menganggap ia keterlaluan dan tidak sopan.

Tidak ketinggalan, personaliti media sosial King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail juga tampil mengkritik individu yang terlibat dalam video kempen berkenaan.

Ujarnya, terdapat unsur sexism dan tidak sepatutnya memberi pesanan yang menjatuhkan dan merendahkan orang lain.

image is not available

Sumber : Instagram  

Tambahnya lagi, tindakan itu hanyalah sekadar publisiti yang direka namun dia tetap tidak bersetuju dengan perbuatan terbabit yang seolah-olah menjatuhkan kaum hawa.

“Publisiti yang dibuat-buat” tulisnya di Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Aku Nak Belasah Kepala Korang" - Rosyam Nor Perlekeh Wanita Di TikTok KPWKM, Rina Harun Digesa Letak Jawatan