Apo’s Noodle, Pilihan Terbaharu Mi Kolok Dan Mi Kampua Sedap Di Kuching

7 Sep 2022 • 8:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kena cuba try test dulu, baru tahu sedap ke tidak.

Apo’s Noodle, Pilihan Terbaharu Mi Kolok Dan Mi Kampua Sedap Di Kuching. Sebut sahaja mi kolok, mesti ramai yang teringat kat Sarawak, betul tak? Sama juga dengan mi kampua. Dua jenis mi ini tidak pernah jemu dimakan, apatah lagi kalau jumpa kedai yang memang pandai buat dan cun dengan selera kita, betul tak?

Dalam artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan kepada anda sebuah gerai mi kolok dan kampua terbaharu di Kuching iaitu Apo’s Noodle.

image is not available
Apo’s Noodle, Pilihan Terbaharu Mi Kolok Dan Mi Kampua Sedap Di Kuching. Kredit: FB Apo’noodle

Mi kolok dan kampua Muslim-friendly

Untuk pengetahuan anda, Apo’s Noodle ini merupakan sebuah gerai kecil yang terletak di kedai Pinoy Ihaw Ihaw Fiesta, belakang Sarawak Plaza (sederet Nuromen). Gerai ini diusahakan oleh seorang peniaga Muslim iaitu saudara Ahmad Sulaiman yang memiliki pengalaman dan sijil dalam bidang pengendalian makanan.

image is not available
Kredit: FB Apo’noodle

Portion banyak, boleh request topping overloaded

Antara menu yang terdapat di sini adalah mi kolok merah, mi sapi biasa dan special, mi kampua special dan pelbagai perisa (putih, merah dan kicap). Kesemua menu mi yang ditawarkan di sini berharga tidak lebih daripada RM 10. Dahlah portion banyak, memang konfem kenyang gais.

Namun, dalam banyak-banyak menu yang ada di kedai ini, menu yang paling istimewa yang mesti anda cuba adalah mi overload, di mana hidangan mi anda akan dihidangkan dengan campuran 3 topping iaitu bebola ayam, ayam merah char siew, dan wantan daging. Tengok saja dalam gambar ni, silap hari bulan terduduk korang lepas makan ni.

image is not available
Kredit: FB Ahmad Sulaiman

Daripada pengalaman kami sendiri mencuba mi kampua di kedai ini, boleh kami katakan rasanya begitu cun. Cukup manis dan masin. Supnya juga bukan sup ala kadar yang masih berasa seperti air paip, tetapi sebaliknya memiliki rasa sup yang enak dimakan bersama apa-apa jua hidangan mi.

Rasa toppingnya seperti wantan dan bebola daging juga begitu cemerlang. Plus point, bebola daging yang digunakan seperti bebola daging homemade. Memang padu.

image is not available
Kredit: FB Ahmad Sulaiman

Pilihan terbaharu untuk menikmati sarapan pagi di Kuching

Pokoknya, Apo’s Noodle ini saingan baharu mi kampua, mi kolok dan mi sapi di Kuching. Kalau nak rasa betul-betul sedap ke tidak, anda kena cuba dan nilai sendiri.

Apo’s Noodle ini boleh dipesan melalui pelbagai cara, seperti walk-in, pesanan melalui platform penghantaran makanan di GrabFood, pre-order (order dulu sebelum tiba ke kedai) dan menerusi Whatsapp. Bagi mereka yang suka nak request hidangan mereka dibuat secara istimewa, anda boleh menghubungi kedai ini di talian 014-889 0281. Waktu operasi adalah dari jam 8 pagi sehingga 3.30 petang.

Alamat: Pinoy Ihaw Ihaw Fiesta Coffee Shop, belakang Sarawak Plaza (sederet Nuromen); atau klik butang di bawah untuk panduan Google Maps:

Kalau dah cuba, jangan lupa tag dan berikan pendapat anda di ruangan komen okay?

Lagi sarapan pagi mengancam yang anda boleh cuba di Kuching: