Apple AirTag Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 11:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple AirTag dilancarkan pada tahun 2021 sebagai penjejak objek pertama keluaran mereka. Ia dengan segera digunakan untuk menjejak barangan yang dicuri, lokasi bagasi yang disalah hantar oleh syarikat penerbangan dan juga berjaya mendedahkan sampah tidak dikitar semula seperti dijanjikan. Pada waktu yang sama ia telah disalahgunakan untuk perompak kereta mewah dan aktiviti menguntit secara rahsia.

image is not available

Pada pertengahan tahun depan, AirTag generasi kedua akan dilancarkan menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg dengan beberapa penambahbaikan. Pertama sekali jarak penjejakan AriTag akan menjadi lebih besar supaya pengguna boleh mencari objek lebih mudah. Seterusnya ia akan dilengkapi cip UWB baharu yang disokong iPhone 15 dan ke atas.

Seterusnya speaker akan lebih sukar dibuang bagi mengelakkan ia digunakan sebagai peranti meguntit. Secara keseluruhan dari segi rekaan luaran, tiada perbezaan ketara akan dilakukan pada AirTag generas kedua nanti.