Apple akan kemas kini iPhone 12 untuk elak pengharaman di Perancis

Digital
18 Sep 2023 • 8:49 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple akan menyalurkan kemas kini perisian kepada barisan iPhone 12 mereka untuk menamatkan halangan jualan produk itu dalam negara Perancis dan potensi halangan yang sama dilakukan di negara-negara lain.

Ia berikutan terdapat laporan bahawa iPhone 12 menghasilkan gelombang radio melebihi had yang dibenarkan. Insiden yang terjadi di Perancis telah mencetuskan kegusaran dalam negara-negara ahli EU yang lain seperti Belgium, Jerman, Itali, dan Belanda.

image is not available

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa dalam negara-negara Eropah masih mempercayai protokol ujian mereka masih sah dan masih belum letakkan iPhone 12 di bawah kategori membahayakan.

Dikatakan yang iPhone 12 gagal melepasi ujian Specific Aborption Rate (SAR) disebabkan berlakunya perubahan pada protokol ujian yang digunakan pihak berkuasa Perancis berbanding protokol yang digunakan negara-negara lain.

Untuk lebih khusus, protokol pihak berkuasa Perancis membenarkan ujian SAR dilakukan di mana-mana anggota badan pada jarak 0mm sedangkan protokol biasa adalah telefon berada 5mm daripada kepala.

Piawaian Eropah meletakkan had SAR untuk sesebuah peranti elektronik pada paras 4W/kg manakala ujian yang dijalankan pihak berkuasa Perancis menunjukkan 5.74W/kg.

Eropah adalah pasaran besar buat Apple, mereka mengedarkan lebih 50 juta iPhone di sana dalam tahun 2022 lalu.

Bacaan berkaitan