Apple Akan Menawarkan Stor Aplikasi Pihak Ketiga Di Brazil

LocalTechnology
24 Dec 2025 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Brazil menjadi pasaran kedua selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun yang menerima sokongan stor aplikasi pihak ketiga pada peranti Apple. Ini selepas Majlis Pentadbiran untuk Pertahanan Ekonomi (CADE) mengatakan Apple bersetuju dengan arahan yang diberikan selepas didapati bersalah menyalahgunakan kedudukan dominan mereka dalam pasaran penyebaran aplikasi iOS di Brazil.

image is not available

Apple disiasat di Brazil selepas aduan difailkan oleh Mercado Libre Group pada tahun 2022.. Pilihan melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store turut boleh dilakukan dengan pilihan baharu menerusi pihak ketiga atau daripada laman web pembangun aplikasi.

Apple diberikan tempoh selama 105 hari untuk melakukan perubahan yang diminta oleh pihak berkuasa Brazil. Kegagalan memenuhi arahan ini akan menyebabkan Apple boleh didenda sebanyak BRL 150 juta (~RM 110 juta).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved