Apple Akan Menggunakan Hanya iPhone 17 Pro Untuk Siaran Langsung Bola Sepak MLS

TechnologyFootball
22 May 2026 • 2:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Akan Menggunakan Hanya iPhone 17 Pro Untuk Siaran Langsung Bola Sepak MLS

Apple TV akan menyiarkan perlawanan Major League Soccer (MLS) pada 24 Mei yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 17 Pro. Ini menjadikannya acara sukan profesional pertama yang disiarkan dengan rakaman 100 peratus daripada iPhone. Perlawanan melibatkan pasukan bola sepak LA Galaxy menentang Houston Dynamo FC di Carson, California.

Image from: Apple Akan Menggunakan Hanya iPhone 17 Pro Untuk Siaran Langsung Bola Sepak MLS
iPhone 17 Pro digunakan semasa perlawanan MLB sebelum ini

Sebanyak 15 buah iPhone 17 Pro akan digunakan untuk merakam keseluruhan liputan termasuk sesi memanaskan badan, pengenalan pemain, sudut gol dalam jaring, dan suasana stadium, dengan kamera ditempatkan di seluruh stadium untuk memberikan perspektif baharu dan kualiti video setaraf siaran profesional.

Apple sebelum ini menguji penggunaan iPhone dalam siaran langsung pada September 2025 untuk Friday Night Baseball, yang mendapat pengiktirafan sehingga iPhone tersebut dimasukkan ke dalam koleksi tetap National Baseball Hall of Fame. Selepas sambutan positif, Apple memperluaskan penggunaan iPhone dalam siaran MLS dan MLB sepanjang 2026.

Siaran boleh ditonton di Apple TV pada 7:30 petang waktu PT bersamaan 10.30 pagi waktu Malaysia pada 24 Mei. Pelanggan Apple TV di lebih 100 negara boleh menonton semua perlawanan MLS tanpa sekatan siaran, dan pengguna baharu mendapat percubaan percuma selama seminggu


View Original Article