Apple Ambil-Alih Q.ai – Syarikat Memfokuskan Teknologi Pembelajaran Mesin Untuk Audio

TechnologyDigital
30 Jan 2026 • 2:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple hari ini mengumumkan mereka telah mengambil-alih salah satu syarikat teknologi kecerdasan buatan janaan memfokuskan audio. Ia diperkatakan Apple membayar sekitar $2 bilion untuk mengambil-alih syarikat Q.ai.

Buat masa ini, Apple tidak menyatakan apakah teknologi Q.ai yang akan digunakan dan diintegrasikan ke dalam produk Apple. Q.ai mempunyai kepakaran dalam membantu peranti memahami bisikan suara, selain menambah-baik audio pada persekitaran yang bising melalui penggunaan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Google sebelum ini merupakan antara pelabur pada Q.ai melalui Google Ventures.

image is not available

Untuk Apple sendiri, mereka sedia memfokuskan kepada arena audio melalui integrasi ciri AI pada AirPods, seperti terjemahan bahasa dan beberapa yang lain. Disamping itu, laporan baru-baru ini turut menyatakan Apple sedang meneroka pembangunan peranti memfokuskan AI untuk pengenalan seawal tahun hadapan, disamping peranti seperti kaca mata pintar dan lain-lain.