Apple Berkongsi Cara Memastikan MacBook Tidak Dihidupkan Apabila Penutup Dibuka

TechnologyDigital
4 Feb 2025 • 3:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Produk Apple menjadi popular kerana mereka menawarkan kaedah penggunaan yang ringkas dan mudah. Berbeza dengan peranti Android yang lebih fleksibel dan memberi lebih kebebasan kepada pengguna. Kini dengan zaman media sosial semakin menjadi-jadi, semakin ramai menjadi pakar Apple apabila pengguna bijak berkongsi pelbagai tips. Untuk mengelakkan masalah pengguna menjadi keliru, Apple mengemaskini artikel-artikel mereka.

image is not available

Minggu lepas, Apple berkongsi bagaimana cara untuk mengemaskini atau memastikan AirPods pengguna sentiasa menjalankan perisian terkini. Terbaru, Apple berkongsi bagaimana ingin memastikan MacBook tidak dihidupkan secara automatik apabila skrin dibuka atau peranti disambungkan kepada pengecas. Seperti yang semua sedia maklum, pengguna produk Mac jarang mematikan atau menghidupkan peranti – menyebabkan Apple meletakkan butang kuasa Mac Mini di bawah peranti.

image is not available

Untuk memastikan MacBoook kekal dimatikan atau berada dalam mod shutdown dan tidak hidup apabila skrin dibuka dan disambungkan kepada pengecas, peranti perlu menjalankan macOS Sequoia. Kemudian buka aplikasi Terminal dan masukkan sudo nvram BootPreference=%00 jika ingin MacBook kekal mati apabila skrin dibuka.

image is not available
Contoh antaramuka Terminal dalam macOS

Sementara masukkan sudo nvram BootPreference=%01 untuk ia kekal mati apabila sedang dicas. Memasukkan sudo nvram BootPreference=%02 akan memastikan MacBook hanya boleh dihidupkan jika pengecas disambungkan.

Selepas selesai tekan Enter atau Return dan masukkan kata laluan pentadbir. Jika anda ingin kembali ke tetapan lalai, buka Terminal dan masukkan sudo nvram -d BootPreference. Kini anda boleh memastikan MacBook akan kekal mati walaupun skrin dibuka atau pengecas disambungkan.