Setahun yang lalu, Apple dilaporkan akan membelanjakan sebanyak $600 bilion untuk membantu meningkatkan industri pengilangan di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuklah pengeluaran untuk pelbagai jenis komponen dalaman untuk produk-produk mereka, yang kelak dikatakan akan dihasilkan sepenuhnya di negara tersebut.
Terkini, Apple telah menandatangani perjanjian pelaburan bersama syarikat pengeluar komponen semikonduktor Broadcom yang bernilai $30 bilion untuk menghasilkan 15 bilion cip untuk peranti-peranti Apple di Amerika Syarikat untuk lima tahun akan datang. Broadcom merupakan salah satu rakan pengeluar komponen Apple yang lama, dan perjanjian ini dilihat akan memindahkan pengeluaran komponen-komponen ini ke Amerika Syarikat.

Broadcom dikenali untuk menghasilkan cip-cip radio yang khususnya digunakan untuk menerima dan memancar isyarat rangkaian telekomunikasi seperti 4G, 5G, Bluetooth, GPS dan WiFi.
Perjanjian ini juga dilihat sebagai sebahagian daripada janji Apple untuk melaburkan $600 bilion tersebut, dengan Apple baru-baru ini juga mengesahkan bahawa mereka akan membeli komponen-komponen semikonduktor lain yang dihasilkan di Amerika Syarikat oleh Intel dan TSMC
Sumber: Wall Street Journal



