Apple Dianugerahkan Paten Kerangka AirPods Dengan Skrin

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 4:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini hanya menjual tiga model AirPods iaitu AirPods generasi ke-2 dan 3erta AirPods Pro generasi ke-3. Masing-masing ada kelebihan tersendiri seperti sokongan ANC, mod tembus bunyi, audio spatial dan saiz kerangka pengecasan yang berbeza.

image is not available

Apple baru-baru ini telah dianugerahkan paten kerangka pengecas set fon telinga (AirPods) yang dilengkapi dengan skrin. Skrin ini bukan hanya untuk memaparkan sesuatu tetapi turut boleh disentuh untuk dikawal pengguna.

Skrin ini dikatakan boleh tukar sumber audio, melakukan kawalan muzik, serta mengawal setiap fon telinga. Paten ini turut menyatakan skrin boleh memaparkan antaramuka khas Apple Music yang apabila disentuh akan ada maklum balas taktil.

image is not available

Kerangka pengecas ini turut direka untuk menyokong kawalan picitan. Setiap picit boleh mengubah antara mod pembatalan hingar aktif atau mod tembus bunyi. Buat masa ini ia hanyalah satu paten yang Apple mengkaji apa idea AirPods seterusnya dan tidak semestinya paten ini akan direalisasikan.