Apple Diarahkan Membuka Ekosistem Sambungan iOS Seperti AirPlay dan AirDrop Kepada Pihak Ketiga Di EU

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 10:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Eropah (EC) mengarahkan Apple untuk membuka ekosistem sambungan iOS kepada pihak ketiga di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Ini adalah bagi memastikan Apple memenuhi Akta Pasaran Digital (DMA) yang berkuatkuasa sejak 2023 bagi memastikan pengguna di Eropah mendapat akses yang sama rata walaupun tidak memiliki produk keluaran Apple.

image is not available

Di bawah arahan ini, akses kepada sistem eksklusif seperti AirDrop, AirPlay, tambatan aksesori audio dengan pantas, proses sambungan seakan Apple Watch, perkongsian kata laluan WiFi, dan banyak lagi perlu dibuka kepada pengeluar pihak ketiga. Turut termasuk dalam arahan ini ialah memberikan akses kepada sistem NFC untuk melakukan transaksi kad perbankan yang selama ini dihadkan kepada Apple Pay sahaja. Akhir sekali akses kepada sistem notifikasi sepenuhnya juga perlu dibuka.

EC memberikan garis masa sokongan notifikasi iOS dalam versi Beta menjelang penghujung 2024 dan sokongan sepenuhnya pada tahun 2026. Akses kepada AirPlay pula perlu dilakukan pada penghujung 2026. Sebelum ini EC telah berjaya memaksa Apple menawarkan stor aplikasi pihak ketiga hanya di Eropah juga bagi mematuhi DMA.