Apple didik pengguna tentang cara data peribadi disalahguna dan langkah menghalangnya

Technology
28 Jan 2023 • 11:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

28 Januari disambut sebagai Hari Data Peribadi sedunia. Ia diumumkan sejak 2003 untuk memberi peringatan dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan melindungi data peribadi.

Apple turut meraikan hari ini dengan melancarkan beberapa set kandungan pendidikan untuk membantu pengguna mengawal data peribadi mereka. Sehubungan itu, Apple bekerjasama dengan pelakon Ted Lasso di Apple TV+, Nick Mohammed di dalam video "A Day in the Life of an Average Person's Data" (Kehidupan seharian data pengguna biasa).

Menurut Apple, mereka merupakan peneraju buat sekian lama dalam perlindungan data peribadi. Telah banyak inovasi dan ciptaan Apple yang menyediakan pengguna lebih maklumat tentang bagaimana data mereka digunakan, serta perkakas yang berkaitan untuk melindungi data tersebut. Apple juga percaya bahawa data peribadi adalah hak asasi manusia dan telah menghasilkan fungsi seperti ‘App Tracking Transparency’ dan ‘Privacy Nutrition Labels’ supaya pengguna memiliki lebih kawalan terhadap data mereka.

Khas di Apple Store di seluruh dunia (masih tidak terdapat di Malaysia), Apple menyediakan sesi khas untuk mengajar pengguna tentang cara-cara menggunakan fungsi perlindungan data peribadi di peranti Apple, seperti Mail Privacy Protection, Safety Check, Location Services, dan Passkeys.

image is not available

Apple turut berbangga dengan perlindungan data peribadi kerana ia dibina ke dalam peranti Apple dari permulaan. Contohnya, Safari tidak membenarkan penjejak, aplikasi Health tidak membenarkan data pengguna dilihat sesiapa termasuk Apple, dan Siri mempelajari keperluan pengguna bukannya siapa mereka.

Kerana itu, Apple percaya semua pengguna mesti memahami dengan jelas ke mana data mereka digunakan, bila ia boleh dikongsi dan dengan siapa ia dikongsikan. Untuk itu, video "A Day in the Life of an Average Person's Data" memberi gambaran ringkas bagaimana data pengguna boleh disalahgunakan mereka yang berniat jahat dan cara Apple menghalangnya.

[Sumber: Apple]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved