Apple sebelum ini telah mencatatkan nilai syarikat $1 trilion pada 2018, dan seterusnya mencapai nilai $2 trilion pada 2020. Kini, Apple dilihat menghampiri nilai syarikat $3 trilion.
Mengikut dagangan saham semasa, nilai syarikat Apple kini mencapai $2.98 trilion. Sekiranya nilai saham terus meningkat hari ini atau esok, ia akan menjadikan Apple mencapai nilai syarikat $3 trilion dalam minggu ini, atau minggu hadapan.
Selain Apple, beberapa syarikat lain pernah mencapai status nilai $2 trilion sebelum ini dan mengekalkannya buat masa ini, termasuk Microsoft dan juga Saudi Aramco.
Apple sendiri sering hadir dengan pelbagai penawaran baharu yang membawa peningkatan kepada nilai syarikat mereka. Apple baru-baru ini telah memperkenalkan set kepala mereka dinamakan Vision Pro yang akan dijual pada harga mencapai RM16,000. Selain itu, beberapa perkara lain dalam pembangunan, termasuk yang dinantikan ramai adalah kereta elektrik Apple tersendiri.



