Apple Dijangka Perkenal Tiga iPad Baharu Pada Awal 2027

TechnologyDigital
4 Nov 2026 • 9:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Dijangka Perkenal Tiga iPad Baharu Pada Awal 2027

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan iPad Mini dengan skrin dan cip pemprosesan yang dinaik-taraf. Tidak setakat model berkenaan, kini Apple turut dilaporkan sedang dalam persiapan untuk mengemaskini tiga lagi model iPad mereka pada awal 2027 kelak.

Tiga model berkenaan adalah versi iPad asas, iPad Pro, dan juga iPad Air. Ketiga-tiga model ini dijangka dikemaskini dengan cip pemprosesan baharu, serta penaik-tarafan dari segi sokongan terbina, dan lebih dioptimasikan untuk penggunaan AI.

Model iPad Pro sendiri dijangka hadir dengan cip Apple M6 terbaru, atau turut terdapat kemungkinan menggunakan cip Apple M7.

Dengan perkembangan ini, sekiranya anda berhasrat mendapatkan tablet Apple dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan sementara, dan melihat penawaran baharu pada awal 2027 kelak. Selain iPad, Apple juga dijangka memperkenalkan model iPhone 18 biasa pada awal tahun 2027 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved