Apple dijangka rencatkan pengecasan pantas iPhone jika guna produk selain MFi

TechnologyDigital
21 Mar 2023 • 5:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penganalisis pasaran terkenal Ming-Chi Kuo berkongsikan maklumat baharu tentang Apple sedang pelancaran iPhone 15 semakin hampir pelancarannya. Dilaporkan bahawa Apple mempertingkat unjuran pengedaran pengecas USB-C 20W dengan mendadak kepada 120% untuk Suku 2 2023 dan Suku 3 2023.

Teori yang kuat berlegar dalam kalangan pemerhati adalah, Apple akan merencatkan sistem pengecasan pantas iPhone 15 sekiranya pengecas bukan MFi digunakan untuk mengecas iPhone. Apple menjangkakan sebanyak sehingga 240 juta unit pengecas USB-C 20W akan diedarkan dan ia termasuklah unit yang diberikan percuma bersama-sama iPad.

image is not available

Kalau anda masih ingat, Apple berhenti menyertakan pengecas bersama-sama iPhone dalam tahun 2020. Antara frasa yang mereka uar-uaran adalah seperti "kurangkan jejak karbon" dan "kepala pengecas sedia ada sudah banyak".

Anda masih rasakan Apple berhenti berikan pengecas kerana alam sekitar?

Sumber: Ming-Chi Kuo