Apple Dilaporkan Akan Disaman DOJ Kerana Menghalang Akses Ciri Pada iPhone

TechnologyDigital
21 Mar 2024 • 9:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple dilaporkan akan disaman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) kerana menghalang beberapa ciri iPhone daripada diakses oleh pihak ketiga menurut Bloomberg. Apple menghalang akses di tahap perisian dan perkakasan daripada digunakan pihak ketiga atas pelbagai sebab.

Mereka hanya baru sahaja membuka akses kepada NFC serta stor aplikasi pihak ketiga tetapi terhad untuk pasaran Kesatuan Eropah (EU) sahaja pada ketika ini bagi memenuhi keperluan Digital Markets Act (DMA). Selama ini kedua-dua ciri ini tidak diberikan oleh Apple atas alasan menjaga keselamatan serta privasi pengguna.

image is not available

Perincian mengenai saman yang akan difailkan oleh DOJ masih belum diketahui pada waktu ini. Besar kemungkinan berkaitan dengan tindakan yang dilihat sebagai anti persaingan di App Store. Tahun 2024 bermula mencabar buat Apple kerana bukan sahaja melihat jualan iPhone yang berkurangan tetapi menghadapi pelbagai kes saman serta dendan bernilai tinggi.

Hanya dua minggu lalu mereka didenda oleh EU sebanyak 1.8 bilion Euro (~RM 9.2 bilion) disebabkan salah guna kuasa untuk pengedaran aplikasi penstriman muzik. Kemudian saman kelompok diteruskan berkenaan AirTag hanya beberapa hari lalu.