Apple Dilaporkan Akan Hadir Dengan Dua Monitor Baharu

TechnologyDigital
17 Mar 2025 • 5:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Studio Display dan Pro Display XDR adalah dua monitor yang Apple masih jual sehingga hari ini. Untuk penggunaan profesional seperti suntingan filem, Pro XDR yang berharga RM19,999 mungkin lebuh sesuai berbanding Studio Display yang berharga bermula RM6,999. Akan datang, Apple dilaporkan bakal hadir dengan dua monitor baharu.

image is not available

Satu monitor dikatakan adalah pengganti kepada Studio Display. Ia akan hadir dengan kod nama J427 dan dijangka tiba pada hujung tahun 2025 atau awal tahun 2026. Ini bermakna ia akan mempunyai saiz sekitar 27-inci, kamera web dengan Center Stage terbina, speaker dengan audio spatial, paparan IPS beresolusi 5K serta pelbagai pilihan kaki. Monitor kedua dikatakan menggunakan kod nama J427. Ia adalah model alternatif, namun tidak pasti jika ia adalah Pro Display XDR baharu atau monitor model baharu.

Semasa saya menguji Mac Mini dengan cip M4, saya padankan komputer kecil berkuasa ini dengan Studio Display. Ia merupakan antara monitor terbaik pernah saya gunakan dan jika menurut Apple ia adalah paparan kelas pertengahan, untuk saya ia adalah di tahap bangsawan. Jadi, saya tidak sabar untuk melihat apakah monitor baharu yang Apple akan tawarkan. Mungkin Studio Display dengan tvOS sebagai monitor pintar? Apa kata anda?