Apple Dilaporkan Akan Lebih Berhati-Hati Sebelum Mengumumkan Ciri Baharu Produk

TechnologyDigital
19 May 2025 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sudah hampir setahun sejak Apple memperlihatkan beberapa ciri baharu Apple Intelligence yang dijanjikan akan tiba pada tahun 2024. Kita sudah di tahun 2025 dan ciri seperti Siri yang lebih bijak memberikan saranan dan Visual Intellingence seakan Circle to Search masih belum nampak batang hidungya. Yang muncul hanyalah saman kumpul yang difailkan pembeli iPhone 16 yang merasakan diri mereka tertipu dengan iklan Apple Intelligence yang kini telahpun dipadam.

image is not available

Dalam laporan Bloomberg hujung minggu lalu, Apple kini dikatakan akan lebih berhati-hati sebelum mengumumkan ciri baharu pada produk mereka. Strategi baharu ialah hanya mengumumkannya beberapa bulan sebelum ia sedia untuk dilancarkan. Dengan ini kesipuan apabila yang dijanji menjadi capati dan yang didamba menimbulkan hampa tidak akan berlaku lagi sama seperti kegagalan Air Power.

Dalam laporan yang sama, Apple dikatakan pada awalnya tidak begitu berminat untuk menawarkan ciri AI pada produk keluaran mereka kerana tidak begitu pasti apakah yang akan ditawarkan kepada pelanggan. Ini menjadi sebab mengapa Apple lewat melakukan pelaburan membangunkan LLM dan model Ai mereka jika dibandingkan dengan Google dan Meta.

Tetapi untuk tidak mahu ketinggalan mengikut trend teknologi semasa, Apple kini membangunkan Apple Intelligence yang beberapa langkah di belakang dan tidak berfungsi seperti dijanji. Ini memaksa Tim Cook menggantikan John Giannandrea yang mengetuai pembangunan Apple Intellience dengan Mike Rockwell pada Mac lalu.