Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Menggunakan Teknologi OpenAI Dalam iOS 18

TechnologyDigital
27 Apr 2024 • 9:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini. Integrasi sistem AI akan akhirnya diberikan dan beberapa ura-ura sebelum ini mengatakan Apple akan menggunakan teknologi Google Gemini sebagai tulang belakang sistem AI generatif iOS 18.

Tetapi menurut laporan Bloomberg, Apple kini sedang melakukan perbincangan dengan OpenAI untuk menggunakan teknologi mereka sebagai tulang belakang sistem AI yang sama.

image is not available

Ini mungkin kerana Apple ingin mempunyai pilihan sebelum memilih sama ingin menggunakan teknologi Google atau OpenAI. Wujud laporan sebelum ini untuk China, Apple akan menggunakan teknologi Baidu kerana Google dan OpenAI dihalang di negara tersebut.

Apple telah membangunkan beberapa model AI yang boleh dijalankan terus pada telefon pintar. Tetapi kerana mereka lewat memasuki arena LLM, model buatan sendiri ini mungkin belum bersedia untuk digunakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved