Apple Dilaporkan Dalam Persiapan Untuk CEO Baharu Menggantikan Tim Cook Seawal 2026

TechnologyBusiness & Finance
15 Nov 2025 • 9:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini dilaporkan dalam persiapan dan perancangan untuk menggantikan Tim Cook sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO Apple, seawal tahun hadapan. Buat masa ini, pihak Apple tidak mengeluarkan komen rasmi berkaitan laporan terbaru Financial Times ini.

image is not available

Tim Cook sedia menerajui Apple selama lebih 14 tahun, membawa Apple menjadi syarikat bernilai melangkaui $4 trilion. Tim Cook dijangka masih kekal mengumumkan penyata kewangan yang dijadualkan pada penghujung Januari 2026 kelak.

Beberapa nama dikatakan mungkin menggantikan Tim Cook, dan salah satu nama yang sering diperkatakan adalah John Ternus yang menerajui kejuruteraan perkakasan di Apple.

Peralihan ini juga dilihat selari dengan langkah Apple untuk memasuki fasa seterusnya syarikat tersebut, dengan memfokuskan kepada kecerdasan buatan dan pelbagai penawaran lain baharu kepada pengguna.